Semua Tentang Kita
Sahabat untuk selamanya.. sahabat sejati, sentiasa di hati, terpahat disanubari :)
Khamis, 20 Jun 2013
Salam.. alhamdulillah syukur kerana masih berpeluang untuk menulis sesuatu dlm blog ni.. insyallah tak lama lagi saya akan menjalani praktikum di sebuah sekolah menengah daerah k.terengganu.. alhamdulillah di negeri sendiri plak tu.. insyallah semuanya akan berjalan dengan baik.. hati ni semakin hari semakin berdebar-debar untk melangkah ke sekolah tu.. mcm2 perasaan ade.. takut... bmbg.. happy.. malu.. excited.. berdebar2.. gelisah semacam di buatnye..xtahu lah kenapa .. tp normal lah kan ade rase mcm ni. maybe kawan2 yg lain juga rase bnda yg same.. maklumlah dulu pergi n masuk ke sekolah sebagai pelajar je.. sekarang ni masuk sekolah sebagai bakal guru prktikum.. mmg lah gementar.. mcm2 bermain lam fikiran ni. apae2 pun fikir positif,, fokus,, yakin.. bersemangat.. insyallah ok.. first tyme kan nak mengajar student2.. adoii.. mampukah aku??? bolehkah aku?? bersediakah aku?? setiap hari persoalan ni bermain lam fikiran.. kdg2 bila fikir mmg rase x mampu.. tp saya akan hadapi dgn tenang n fikir bnda2 yg positif je. bile kite fikir -ve, maka -ve lah jadinya.. lau fikir + ve insyallah semua kan jadi ok.. so, xpayah lah fikir bnda yg belum pasti berlaku kan.. ku pujuk hatiku dgn kata2 semnagt n motivasi.. mudah2an hati n diriku ini diberi kekuatan mental n fizikal utk hadapinya.. hnya yg ku mampu lakukan skrg ni ialah usaha, doa, sabar dan tawakal pada allah.. allah sebaik2 perancang.. semoga ku diberi kekuatan n semngat yg x pernah mengalah..kerana ku yakin pertolongan allah sgt dekat.. jadi mintalah n mohonlah pada pemilik hati kita ni.. semoga hati ku menjadi kuat n di didik dengan kesabaran yg tinggi.. aku boleh.. aku pasti boleh.. ;) selamat berpraktikum..
luahan hati d bakal guru pelatih.. :)
Ahad, 26 Mei 2013
Salam santun ukhuwah penuh cinta..
6 Kunci Mendapat
Ketenangan Hati
Sahabatku ada 6 tips mudah
untuk mendapatkan ketenangan
hati semoga
bermanfaat :
1. Jangan tergantung terhadap
orang lain, bersikaplah mandiri
dan percaya akan kemampuan
yang kita miliki.
2. Jangan berburuk sangka,
berfikirlah positif akan membawa
pada suatu yang bermanfaat.
3. Jangan mengingat penyesalan
di masa lalu, hidup itu mudah,
buatlah dalam suatu perbuatan
kita dengan keputusan dan
jadikan masa lalu menjadi sebuah
pelajaran untuk menjadi yang
lebih baik.
4. Jangan pernah menyimpan
dendam di hati, dendam itu di
ibaratkan sebagai racun dalam
hati kita, jauhi itu.
5. Jauhi sifat terburu-buru, aset
dalam kehidupan bukan harta
tapi waktu. maka pergunakan
waktu dengan baik.
6. Jangan khawatir dengan hari
esok, ketuklah pintu dan pintu
pun akan terbuka, ingatlah ALLAH,
ALLAH pun akan ingat pada kita.
1. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah
diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil
wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah
diingati.
2. Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran
walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah
selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan
sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada
sepanjang waktu.
3. Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal
ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat
hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat
sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan
mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan
daripada Allah.
4. Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah
malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah.
InsyaAllah, Tuhan akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar-benar ikhlas.
Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek
sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha
supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
5. Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita
mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkanNya jika terjadi
sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di
sebalik kejadian itu.
WAHAI HATI
HATI..
Ku balut sekemasnya hati
Agar ia tak berdarah lagi
Sungguh lukanya mendalam sekali
Pedihnya tidak tertahan diri
Ku cuba memujuk hati
Agar ia tak menangis lagi
Ku cuba memaafkan sang belati
Mungkin tak sengaja ia menusuki
Walaupun perit yang tak terperi
Ia terjadi pasti punya alasan tersendiri
Wahai hati mengapa begini?
Tak sudah-sudah engkau disakiti
Salah mu tidak diketauhi
Silap mu dicari-cari
Akhirnya kau dihukum oleh sang belati
Pun begitu hati tetap ingin memaafi
Mungkin sang belati telah tersalah erti
Wahai hati..
Tabahlah engkau
Kuatlah engkau
Andai nuranimu murni
Putih tetap kelihatan putih
InsyaAllah..
Ku balut sekemasnya hati
Agar ia tak berdarah lagi
Sungguh lukanya mendalam sekali
Pedihnya tidak tertahan diri
Ku cuba memujuk hati
Agar ia tak menangis lagi
Ku cuba memaafkan sang belati
Mungkin tak sengaja ia menusuki
Walaupun perit yang tak terperi
Ia terjadi pasti punya alasan tersendiri
Wahai hati mengapa begini?
Tak sudah-sudah engkau disakiti
Salah mu tidak diketauhi
Silap mu dicari-cari
Akhirnya kau dihukum oleh sang belati
Pun begitu hati tetap ingin memaafi
Mungkin sang belati telah tersalah erti
Wahai hati..
Tabahlah engkau
Kuatlah engkau
Andai nuranimu murni
Putih tetap kelihatan putih
InsyaAllah..
Indahnya ukhuwah andai saling melengkapi... :)
Manusia
memang tidak sama, macam abjad ada ABCD.......
tetapi saling memerlukan kerana bila abjad tersebut dicantumkan
akan menghasilkan perkataan atau ayat-ayat yang bermakna.
Begitulah kita saling memerlukan satu sama lain,
saling sokong-menyokong dan saling faham-memahami.
Jadinya, jangan terlalu melihat pada kekurangan seseorang,
carilah kelebihannya.
Setiap dari kita mempunyai kekurangan dan keistimewaan yang berbeza....
kita cuba fahami ini dan Allah Maha Mengetahui.
tetapi saling memerlukan kerana bila abjad tersebut dicantumkan
akan menghasilkan perkataan atau ayat-ayat yang bermakna.
Begitulah kita saling memerlukan satu sama lain,
saling sokong-menyokong dan saling faham-memahami.
Jadinya, jangan terlalu melihat pada kekurangan seseorang,
carilah kelebihannya.
Setiap dari kita mempunyai kekurangan dan keistimewaan yang berbeza....
kita cuba fahami ini dan Allah Maha Mengetahui.
sahabat sejati teristimewa di hati..
terpahat di sanubari.. ukhwah kekal hingga ke syurga nanti.. aaminn
Indahnya pertemuan jika
kerana ALLAH,
Ukhwah yang terjalin
mendekatkan kita kepada
ALLAH
Namun indah juga saat
perpisahan
Andai itu yang lebih
baik untuk kita,
Namun dalam bisikan
doanya
kita tidak pernah
menjauh
InsyaALLAH…
sahabat..
Hargai selagi terasa ia bererti..
jangan sampai apabila dia pergi
baru kita menyesal d kemudian hari..
jangan sampai apabila dia hilang dari
hidup kita
baru kita merasa sepi dan kehilangan...
ketika itu, kita memang sudah terlambat
untuk
mengembalikan semua yang telah pergi..
saat itu barulah kita tercari-cari..
segalanya mungkin takkan kembali..
yang tinggal hanyalah secebis
memori sekuntum RINDU.... :(
Langgan:
Catatan (Atom)