Ahad, 26 Mei 2013

Salam santun ukhuwah penuh cinta.. 

6 Kunci Mendapat Ketenangan Hati


Sahabatku ada 6 tips mudah
untuk mendapatkan ketenangan
hati semoga bermanfaat :

1. Jangan tergantung terhadap
orang lain, bersikaplah mandiri
dan percaya akan kemampuan
yang kita miliki.

2. Jangan berburuk sangka,
berfikirlah positif akan membawa
pada suatu yang bermanfaat.

3. Jangan mengingat penyesalan
di masa lalu, hidup itu mudah,
buatlah dalam suatu perbuatan
kita dengan keputusan dan
jadikan masa lalu menjadi sebuah
pelajaran untuk menjadi yang
lebih baik.

4. Jangan pernah menyimpan
dendam di hati, dendam itu di
ibaratkan sebagai racun dalam
hati kita, jauhi itu.

5. Jauhi sifat terburu-buru, aset
dalam kehidupan bukan harta
tapi waktu. maka pergunakan
waktu dengan baik.

6. Jangan khawatir dengan hari
esok, ketuklah pintu dan pintu
pun akan terbuka, ingatlah ALLAH,
ALLAH pun akan ingat pada kita.





Petua Islam Untuk Mengurangkan Stress






1. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk  
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.




2. Perbanyakkan membaca Al-Qur’an 
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.



3. Banyakkan Solat Sunat 
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.



4. Selalu berdoa kepada Allah 
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. InsyaAllah, Tuhan akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.




5. Bersangka baik dengan Allah 
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkanNya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.



JOM REMOVE N DELETE STRESS!!!















WAHAI HATI


HATI..

Ku balut sekemasnya hati
Agar ia tak berdarah lagi
Sungguh lukanya mendalam sekali
Pedihnya tidak tertahan diri


Ku cuba memujuk hati
Agar ia tak menangis lagi
Ku cuba memaafkan sang belati
Mungkin tak sengaja ia menusuki
Walaupun perit yang tak terperi
Ia terjadi pasti punya alasan tersendiri

Wahai hati mengapa begini?
Tak sudah-sudah engkau disakiti
Salah mu tidak diketauhi
Silap mu dicari-cari
Akhirnya kau dihukum oleh sang belati
Pun begitu hati tetap ingin memaafi
Mungkin sang belati telah tersalah erti

Wahai hati..
Tabahlah engkau
Kuatlah engkau
Andai nuranimu murni
Putih tetap kelihatan putih

InsyaAllah..

Indahnya ukhuwah andai saling melengkapi... :)

Manusia memang tidak sama, macam abjad ada ABCD.......
tetapi saling memerlukan kerana bila abjad tersebut dicantumkan

akan menghasilkan perkataan atau ayat-ayat yang bermakna.
Begitulah kita saling memerlukan satu sama lain,

saling sokong-menyokong dan saling faham-memahami.
Jadinya, jangan terlalu melihat pada kekurangan seseorang,
carilah kelebihannya.
Setiap dari kita mempunyai kekurangan dan keistimewaan yang berbeza....

kita cuba fahami ini dan Allah Maha Mengetahui.



    sahabat sejati teristimewa di hati.. terpahat di sanubari.. ukhwah kekal hingga ke syurga nanti.. aaminn










Indahnya pertemuan jika kerana ALLAH,
Ukhwah yang terjalin
mendekatkan kita kepada ALLAH
Namun indah juga saat perpisahan 
Andai itu yang lebih baik untuk kita,
Namun dalam bisikan doanya
kita tidak pernah menjauh
InsyaALLAH… 



sahabat..







Hargai selagi terasa ia bererti..
jangan sampai apabila dia pergi
baru kita menyesal d kemudian hari..
jangan sampai apabila dia hilang dari hidup kita
baru kita merasa sepi dan kehilangan...
ketika itu, kita memang sudah terlambat untuk
mengembalikan semua yang telah pergi..
saat itu barulah kita tercari-cari..
segalanya mungkin takkan kembali..
yang tinggal hanyalah secebis
memori sekuntum RINDU.... :(




Sahabat,

Alangkah indahnya saat pertemuan,
Senyuman terukir tanda ukhuwah telah terjalin,
Sentiasa menegur demi kebaikan,
Melindungi kerana kasih sayang,
Memberi sokongan saat diri lemah,
InsyaALLAH,
Silaturrahim ini tidak akan terlerai,
walaupun jarak yang memisah,
Semoga ukhuwah ini mekar harum mewangi selamanya.. ;)





sahabat sejati teristimewa di hati.. terpahat di sanubari.. ukhwah kekal hingga ke syurga nanti.. aaminn





Sahabat sejati..
alangkah indahnya jika mempunyai sahabat sejati..
sentiasa ada dikala senang dan susah..
dikala ku jatuh, dia hadir menghulurkan tangan..
dikala ku susah, dia datang memberi harapan..
dikala ku sedih, dia ada untuk menghiburkan..
dikala ku resah gelisah, dia tak jemu memberi semangat..

dia mungkin x selalu berada di sisi kita.. 
tapi hati dia sentiasa bersama kita..
walau tangan dia x dapat ku pegang..
namun HATI dia dapat ku genggam..

sahabat...
kau ada dikala ku suka
dikala ku duka
kau menemani ku setiap masa..
kau ada bila ku jatuh..
kau datang memberi sinar..
kau menjadi pendengar setia..
kau sanggup berkorban jiwa..
walau kau berada jauh dariku..
walau kau x sentiasa d mataku..
ketahuilah bahawa kau sentiasa di hatiku..
dulu, kini dan selamanya...

kau teman sejatiku.. ^___^

Rabu, 15 Mei 2013

Analisis SWOT




ANALISIS S.W.O.T



Positif
(positive)
Negatif
(negative)
Dalaman
(internal)
Kekuatan
(strengths)
Kelemahan
(weaknesses)
Luaran
(external)
Peluang
(opportunities)
Ancaman
(threats)




APAKAH ITU ANALISIS S.W.O.T ?????

SWOT adalah salah satu teknik analisis organisasi untuk mengetahui bagaimana keadaan organisasi yang berkaitan pada masa sekarang serta bagaimana pula dengan keadaaan yang akan dihadapi pada masa hadapan dengan mempertimbangkan faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.

Analisis SWOT adalah suatu kaedah penyusunan strategi yang dilakukan oleh seseorang dalam sesebuah organisasi.


Menurut Rangkuti dan Freddy (2000), analisis SWOT adalah satu proses mengenalpasti faktor luaran dan faktor dalaman yang mempengaruhi sesuatu tindakan atau perlaksanaan suatu strategi yang akan dilakukan oleh sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat, visi dan misi organisasi.

Stephen, Pelayanan, Mary dan Robbins Coulter (1999, 229) mendefinisikan analisis SWOT adalah suatu analisis organisasi dengan menggunakan kekuatan, kelemahan, kesempatan serta ancaman dari lingkungan.  


                                 KOMPONEN SWOT

Contoh analisis SWOT bagi perniagaan kedai kek....

1. Kekuatan (strengths)

Kekuatan merujuk kepada kelebihan, keistimewaan atau kebolehan yang dimiliki oleh sesebuah organisasi itu senduri yang tidak ada pada organisasi lain. Kekuatan ini akan memberi kemampuan bersaing kepada organisasi tersebut. Contoh soalan untuk mengetahui kekuatan sesebuah organisasi ialah :

1. Apakah kelebihan yang dimiliki oleh syarikat kita berbanding syarikat lain ?
2. Apakah yang boleh kita lakukan yang orang lain tidak boleh lakukan ?
3. Apakah perkara yang membolehkan pelanggan setia dengan produk kita ?
4. Bidang apa yang kita mahir atau pakar ?

Menawarkan Pelbagai Jenis Kek
Ia adalah merupakan satu-satunya kedai yang menawarkan pelbagai jenis kek kepada pelanggan. Dengan ini pelanggan akan dapat merasai pelbagai rasa kek yang sedia ada dan baru. Pelbagai pilihan yang menarik dengan bentuk yang kreatif hasil daripada perbincangan dengan rakan sekerja.

Pentadbiran Organisasi Yang Kukuh
Kekuatan dalam pentadbiran perniagaan kerana setiap pekerja telah diberi tugas untuk menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melicinkan aktiviti perniagaan. Peranan yang telah dimaklumkan dan difahami oleh setiap pekerja semasa memulakan pekerjaan menjadi kekuatan utama dalam mengurus perniagaan.

Menawarkan Harga Yang Kompetitif
Harga yang ditawarkan bagi setiap produk adalah kompetitif. Harga diletakkan berdasarkan kepada kandungan bahan yang digunakan dan melihat keadaan pasaran semasa. Harga yang ditawarkan juga adalah sama dengan pesaing yang ada di kawasan sekitar. 

Lokasi Yang Strategik
Lokasi perniagaan adalah strategik iaitu terletak di tengah-tengah bandar dan dikelilingi oleh sekolah, pejabat kerajaan, swasta dan juga berhampiran dengan kawasan perumahan. Jadi, pelanggan akan sentiasa ada untuk membeli produk yang ditawarkan kerana kek merupakan salah satu makanan yang boleh mengenyangkan dan menarik pelanggan. 


2. Kelemahan (weaknesses)
Kelemahan merupakan keadaan perniagaan atau syarikat dalam menghadapi pesaing yang mempunyai keterbatasan dan kekurangan serta kemampuan dalam menguasai pasaran, sumber serta kepakaran. Kelemahan yang dimaksudkan dalam sesebuah perniagaan ialah keterbatasan atau kekurangan dari aspek sumber termasuklah sumber tenaga, kepakaran dan bahan mentah, kemahiran dan kemampuan yang menjadi penghalang utama bagi penampilan prestasi organisasi yang memuaskan. 

Tidak Mempunyai Pelanggan Tetap
Pada permulaan perniagaan dijalankan sudah menjadi lumrah bahawa pelanggan masih lagi tidak mengetahui tentang kelebihan produk yang ditawarkan. Oleh itu, pemilik dan pekerja perlu berusaha dengan lebih giat untuk mendapatkan pelanggan dan seterusnya menjadi pelanggan tetap perniagaan.

Kurang Dikenali
Perniagaan ‘Heaven of Cake’ merupakan perniagaan yang kurang ternama jika dibandingkan dengan perniagaan pesaing lain seperti Secret Resepi, Muhibbah dan lain-lain. Ini kerana ia merupakan perniagaan baru dan perlu giat menjalankan promosi untuk menarik pelanggan supaya dapat menembusi pasaran dan pesaing yang ada.  


3. Peluang (opportunities)
Peluang-peluang yang wujud memberi potensi kepada perniagaan untuk berkembang. Perkembangan perniagaan atau organisasi boleh dilakukan melalui penemuan baru atau inovatif yang dikenalpasti dalam pasaran. Perubahan pasaran menawarkan pelbagai peluang untuk di manfaatkan dalam perniagaan. Ini menjadikan perniagaan lebih kompetitif berbanding pesaing utama serta boleh bergerak dalam pasaran baru.

Peluang Perniagaan Untuk Dikomersialkan
Perniagaan ini juga dijangka akan dapat dikomersialkan seperti perniagaan lain di pasaran. Ia berhubungan dengan kek merupakan makanan yang menjadi permintaan ramai tidak kira golongan dan peringkat umur. Imej perniagaan akan diperkenalkan kepada umum untuk menarik minat pelanggan.

Mempelbagaikan Produk
Produk yang ditawarkan akan ditambah seperti mempelbagaikan lagi jenis kek dan menambah produk seperti roti, cup cake, dan makanan dingin beku seperti karipap segera dan sebagainya. Dengan mempelbagaikan pilihan produk akan meningkatkan lagi keuntungan yang diperoleh.

Perkembangan Secara Online
Perniagaan ‘online’ yang semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepada perniagaan untuk terus berkembang. Pelanggan boleh melayari laman sesawang yang disediakan untuk mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat produk terkini yang ditawarkan.


4. Ancaman (threats)

Ancaman ialah sebarang kemungkinan yang melibatkan faktor-faktor luaran yang boleh menganggu pergerakan dan kemajuan organisasi. sesuatu perubahan persekitaran luaran juga boleh memberi ancaman kepada organisasi, syarikat atau perniagaan. Ancaman merupakan suatu keadaan yang mengancam dari luaran organisasi. 

Analisis ancaman lebih ke arah menilai apakah halangan yang bakal ditempuhi kelak. Dalam analisis SWOT, ancaman merujuk kepada pengurusan risiko. Secara tidak langsung kita dapat menentukan jalan terbaik bagi mengatasi sesuatu masalah atau halangan yang timbul. Dengan adanya analisis ini, sesuatu perancangan dapat berjalan dengan lancar dan sesebuah organisasi perlu mengenal pasti serta menyenaraikan ancaman serta faktor penghalang kejayaan. 

Pesaing baru
Perniagaan ini juga akan bersaing dengan pasaran baru jika pasaran ini wujud dan berjaya. Pesaing baru yang memasuki pasaran merupakan ancaman kepada perniagaan. Di sini pelbagai strategi perlu diwujudkan bagi memastikan ‘Heaven of Cake’ tetap menjadi pilihan utama pelanggan. 

Kuasa Dan Kekuatan Pesaing Yang Ada
Persaingan dengan perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama merupakan ancaman yang dihadapi. Pesaing yang telah lama berada di pasaran mempunyai pelbagai strategi untuk memantapkan perniagaan mereka. Nama perniagaan yang telah dikenali umum menyebabkan persaingan sengit kepada ‘Heaven of Cake’ untuk memasuki pasaran yang ada. 


Contoh analisis SWOT Apple...




Jom rancang kerjaya melalui Analisis SWOT :  Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin.