ANALISIS S.W.O.T
Positif
(positive)
|
Negatif
(negative)
|
|
Dalaman
(internal)
|
Kekuatan
(strengths)
|
Kelemahan
(weaknesses)
|
Luaran
(external)
|
Peluang
(opportunities)
|
Ancaman
(threats)
|
APAKAH ITU
ANALISIS S.W.O.T ?????
SWOT adalah salah satu teknik analisis organisasi untuk mengetahui
bagaimana keadaan organisasi
yang berkaitan pada masa sekarang serta bagaimana pula dengan keadaaan yang
akan dihadapi pada masa hadapan dengan mempertimbangkan faktor-faktor kekuatan,
kelemahan, peluang dan ancaman.
Analisis SWOT adalah suatu kaedah penyusunan strategi yang dilakukan oleh seseorang dalam sesebuah organisasi.
KOMPONEN SWOT
Analisis SWOT adalah suatu kaedah penyusunan strategi yang dilakukan oleh seseorang dalam sesebuah organisasi.
Menurut Rangkuti dan Freddy (2000), analisis SWOT adalah satu proses
mengenalpasti faktor luaran dan faktor dalaman yang mempengaruhi sesuatu
tindakan atau perlaksanaan suatu strategi yang akan dilakukan oleh sesebuah organisasi
dalam mencapai matlamat, visi dan misi organisasi.
Stephen,
Pelayanan, Mary dan Robbins Coulter (1999, 229) mendefinisikan analisis SWOT adalah suatu analisis organisasi dengan menggunakan kekuatan,
kelemahan, kesempatan serta ancaman dari lingkungan.
KOMPONEN SWOT
Contoh analisis SWOT bagi perniagaan kedai kek....
1. Kekuatan (strengths)
Kekuatan merujuk kepada kelebihan, keistimewaan atau kebolehan yang dimiliki oleh sesebuah organisasi itu senduri yang tidak ada pada organisasi lain. Kekuatan ini akan memberi kemampuan bersaing kepada organisasi tersebut. Contoh soalan untuk mengetahui kekuatan sesebuah organisasi ialah :
1. Apakah kelebihan yang dimiliki oleh syarikat kita berbanding syarikat lain ?
2. Apakah yang boleh kita lakukan yang orang lain tidak boleh lakukan ?
3. Apakah perkara yang membolehkan pelanggan setia dengan produk kita ?
4. Bidang apa yang kita mahir atau pakar ?
Menawarkan Pelbagai
Jenis Kek
Ia
adalah merupakan satu-satunya kedai yang menawarkan pelbagai jenis kek kepada
pelanggan. Dengan ini pelanggan akan dapat merasai pelbagai rasa kek yang sedia
ada dan baru. Pelbagai pilihan yang menarik dengan bentuk yang kreatif hasil
daripada perbincangan dengan rakan sekerja.
Pentadbiran Organisasi Yang Kukuh
Kekuatan
dalam pentadbiran perniagaan kerana setiap pekerja telah diberi tugas untuk
menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melicinkan aktiviti
perniagaan. Peranan yang telah dimaklumkan dan difahami oleh setiap pekerja
semasa memulakan pekerjaan menjadi kekuatan utama dalam mengurus perniagaan.
Menawarkan Harga Yang
Kompetitif
Harga
yang ditawarkan bagi setiap produk adalah kompetitif. Harga diletakkan
berdasarkan kepada kandungan bahan yang digunakan dan melihat keadaan pasaran
semasa. Harga yang ditawarkan juga adalah sama dengan pesaing yang ada di
kawasan sekitar.
Lokasi Yang Strategik
Lokasi
perniagaan adalah strategik iaitu terletak di tengah-tengah bandar dan
dikelilingi oleh sekolah, pejabat kerajaan, swasta dan juga berhampiran dengan
kawasan perumahan. Jadi, pelanggan akan sentiasa ada untuk membeli produk yang
ditawarkan kerana kek merupakan salah satu makanan yang boleh mengenyangkan dan
menarik pelanggan.
2. Kelemahan (weaknesses)
Kelemahan merupakan keadaan
perniagaan atau syarikat dalam menghadapi pesaing yang mempunyai keterbatasan
dan kekurangan serta kemampuan dalam menguasai pasaran, sumber serta kepakaran.
Kelemahan yang dimaksudkan dalam sesebuah perniagaan ialah keterbatasan atau
kekurangan dari aspek sumber termasuklah sumber tenaga, kepakaran dan bahan
mentah, kemahiran dan kemampuan yang menjadi penghalang utama bagi penampilan
prestasi organisasi yang memuaskan.
Tidak Mempunyai
Pelanggan Tetap
Pada
permulaan perniagaan dijalankan sudah menjadi lumrah bahawa pelanggan masih
lagi tidak mengetahui tentang kelebihan produk yang ditawarkan. Oleh itu,
pemilik dan pekerja perlu berusaha dengan lebih giat untuk mendapatkan
pelanggan dan seterusnya menjadi pelanggan tetap perniagaan.
Kurang Dikenali
Perniagaan
‘Heaven of Cake’ merupakan perniagaan yang kurang ternama jika dibandingkan
dengan perniagaan pesaing lain seperti Secret Resepi, Muhibbah dan lain-lain.
Ini kerana ia merupakan perniagaan baru dan perlu giat menjalankan promosi
untuk menarik pelanggan supaya dapat menembusi pasaran dan pesaing yang
ada.
3. Peluang (opportunities)
Peluang-peluang
yang wujud memberi potensi kepada perniagaan untuk berkembang. Perkembangan
perniagaan atau organisasi boleh dilakukan melalui penemuan baru atau inovatif
yang dikenalpasti dalam pasaran. Perubahan pasaran menawarkan pelbagai peluang
untuk di manfaatkan dalam perniagaan. Ini menjadikan perniagaan lebih kompetitif
berbanding pesaing utama serta boleh bergerak dalam pasaran baru.
Peluang Perniagaan
Untuk Dikomersialkan
Perniagaan
ini juga dijangka akan dapat dikomersialkan seperti perniagaan lain di pasaran.
Ia berhubungan dengan kek merupakan makanan yang menjadi permintaan ramai tidak
kira golongan dan peringkat umur. Imej perniagaan akan diperkenalkan kepada
umum untuk menarik minat pelanggan.
Mempelbagaikan Produk
Produk
yang ditawarkan akan ditambah seperti mempelbagaikan lagi jenis kek dan
menambah produk seperti roti, cup cake, dan makanan dingin beku seperti karipap
segera dan sebagainya. Dengan mempelbagaikan pilihan produk akan meningkatkan
lagi keuntungan yang diperoleh.
Perkembangan Secara
Online
Perniagaan
‘online’ yang semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepada perniagaan
untuk terus berkembang. Pelanggan boleh melayari laman sesawang yang disediakan
untuk mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat produk terkini yang
ditawarkan.
4. Ancaman (threats)
Ancaman ialah sebarang kemungkinan yang melibatkan faktor-faktor luaran yang boleh menganggu pergerakan dan kemajuan organisasi. sesuatu perubahan persekitaran luaran juga boleh memberi ancaman kepada organisasi, syarikat atau perniagaan. Ancaman merupakan suatu keadaan yang mengancam dari luaran organisasi.
Analisis ancaman lebih ke arah menilai apakah halangan yang bakal ditempuhi kelak. Dalam analisis SWOT, ancaman merujuk kepada pengurusan risiko. Secara tidak langsung kita dapat menentukan jalan terbaik bagi mengatasi sesuatu masalah atau halangan yang timbul. Dengan adanya analisis ini, sesuatu perancangan dapat berjalan dengan lancar dan sesebuah organisasi perlu mengenal pasti serta menyenaraikan ancaman serta faktor penghalang kejayaan.
Ancaman ialah sebarang kemungkinan yang melibatkan faktor-faktor luaran yang boleh menganggu pergerakan dan kemajuan organisasi. sesuatu perubahan persekitaran luaran juga boleh memberi ancaman kepada organisasi, syarikat atau perniagaan. Ancaman merupakan suatu keadaan yang mengancam dari luaran organisasi.
Analisis ancaman lebih ke arah menilai apakah halangan yang bakal ditempuhi kelak. Dalam analisis SWOT, ancaman merujuk kepada pengurusan risiko. Secara tidak langsung kita dapat menentukan jalan terbaik bagi mengatasi sesuatu masalah atau halangan yang timbul. Dengan adanya analisis ini, sesuatu perancangan dapat berjalan dengan lancar dan sesebuah organisasi perlu mengenal pasti serta menyenaraikan ancaman serta faktor penghalang kejayaan.
Pesaing baru
Perniagaan
ini juga akan bersaing dengan pasaran baru jika pasaran ini wujud dan berjaya.
Pesaing baru yang memasuki pasaran merupakan ancaman kepada perniagaan. Di sini
pelbagai strategi perlu diwujudkan bagi memastikan ‘Heaven of Cake’ tetap
menjadi pilihan utama pelanggan.
Kuasa Dan Kekuatan
Pesaing Yang Ada
Persaingan
dengan perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama merupakan ancaman yang
dihadapi. Pesaing yang telah lama berada di pasaran mempunyai pelbagai strategi
untuk memantapkan perniagaan mereka. Nama perniagaan yang telah dikenali umum
menyebabkan persaingan sengit kepada ‘Heaven of Cake’ untuk memasuki pasaran
yang ada.
Contoh analisis SWOT Apple...
Jom rancang kerjaya melalui Analisis SWOT : Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin.
Contoh analisis SWOT Apple...
Jom rancang kerjaya melalui Analisis SWOT : Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin.
Mohon izin berkongsi ilmu. Artikel ini byk membantu dalam kertas kerja saya. terima kasih di atad perkongsian.
BalasPadamartikal ini banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan saya...terima kasih
BalasPadamTerima kasih.. Bantu saya dlm final exam 😄
BalasPadamthanks,
BalasPadamtolong di terbitkan dengan bahasa indonesia.
minta halal ilmu yang tuan kongsikan
BalasPadamterima kasih , banyak membantu saya dalam subjek pengajian perniagaan
BalasPadamTerima kasih sebab banyak membantu . Dh siap boleh balik
BalasPadamTerima kasih di atas perkongsian,artikel ini banyak membantu saya merangka RP saya...Semoga perniagaan tuan berkembang lebih besar lagi...
BalasPadamAdakah anda mengalami masalah kewangan atau anda mahu memenuhi impian anda dengan dana?
BalasPadamAdakah anda memerlukan pinjaman untuk membayar bil anda, Mula atau mengembangkan perniagaan anda?
Adakah anda mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada Pemberi Pinjaman atau Bank yang keras kerana bayaran / syarat pinjaman yang tinggi?
Adakah anda memerlukan pinjaman untuk alasan yang sah?
Kemudian bimbang kami telah datang untuk menawarkan pinjaman kepada pemohon yang berminat di dalam dan di luar negara tidak kira jantina atau lokasi tetapi usia mesti 18 tahun ke atas.
Mendapatkan kembali kepada kami untuk rundingan mengenai jumlah yang anda perlukan akan menjadi keputusan bijak.
JENIS PINJAMAN KAMI
Pinjaman ini diwujudkan untuk membantu pelanggan kami secara kewangan, dengan tujuan untuk mengurangkan beban kewangan. Apa pun sebabnya, pelanggan boleh mencari pelan pinjaman yang sesuai dari syarikat kami yang memenuhi keperluan kewangan.
Data pemohon:
1) Nama Penuh:
2) Negara
3) Alamat:
4) Seks:
5) Kerja:
6) Nombor telefon:
7) Kedudukan semasa di tempat kerja:
8 Pendapatan bulanan:
9) Jumlah pinjaman yang diperlukan:
10) Tempoh pinjaman:
11) Adakah anda memohon sebelum:
12) Tarikh Lahir:
Hubungi syarikat pinjaman Gloria S melalui e-mel:
{gloriasloancompany@gmail.com} atau
WhatsApp Nombor: +1 (815) 427-9002
Selamat sejahtera